Ini adalah entri rojak.
Semalam, sepatutnya saya dan housemate saya menonton Khurafat. Orang cakap cerita hantu ni best. Since berteman malam tu, mau juga la tengok. Siap sedia bantal bikin tutup mata time suspensuspen lagi kami ni. Sekalinya, tunggu jam 10pm lain pula yang ditunjuk. Memang tajuk khurafat tapi drama pula. Patutla heran tengok duration movie hanya 1 jam. Sedih. Hampa nda boleh tengok cerita hantu. Tapi, oh. ada tapinya..malam tu saya bermimpi hantu. Si rambut dan kuku panjang. Hah! Ambik ko. Hantu yang lagi dashyat. Terbangun ja, terus call the bf mamai lagi cerita hantu. haha.
Hari Sabtu minggu depan pegi Miri. Roadtrip. Harap Ms. City sempat di-repair.Hari Isnin hantar Ms. City pegi workshop dan menurut bos di workshop tu boleh siap dalam 3,4 hari. Keep your words bos! Because I need it by Saturday. Adalah sangat-sangat diharap dalam perjalanan akan terjumpa orang jual durian banyak-banyak. Kalau banyak, maksudnya murah la bah tu kan dan harus diborong akan disediakan air freshener dalam kereta. Di Labuan ni, mencekik darah mau beli tu durian. Suda lah durian kampung yang isi nipis ja, kena jual RM16/kg. huhu.
Then the weekend after balik dari Miri akan balik Penampang untuk my BFF engagement. Saya plan guna flight tapi belum beli. Harap-harap flight jadi murah sikit. Kalau mahal, membeli sambil nangis la ni.
Lately, rasa rasa sungguh sunyi di rumah especially time satu orang di rumah. Selepas peristiwa kura-kura housemate saya melarikan diri, saya tiada lagi teman di rumah.The bf cadangkan untuk jaga ayam? di rumah. uhuk uhuk.. not my type of animal yang boleh dibawa bermanja.
Malam ni tengok anak bulan. So, most probably besok start puasa. Wishing all my Muslim friends, Selamat menyambut bulan Ramadhan!
BYE!!

2 comments:
lol...terhibur sia baca ko punya short story ni!!!
sheena: *like*
hehe
Post a Comment